Kampung ini agak unik kerana sekolah rendahnya (Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu)
Mempunyai 200 lebih murid dan 25 orang guru – satu nisbah yang cukup baik, Dalam 200 lebih murid itu terdapat lebih kurang 80 murid dari kalangan orang Asli yg hampir semuanya bukan Islam. Mereka tinggal jauh dari pantai.
Terdapat beberapa pilihan tempat pendidikan secara formal di sekitar Kampung Tanjung Batu seperti tabika kemas, pra-sekolah, sekolah rendah, dan sekolah menengah. Berikut adalah senarai nama pusat pendidikan yang terdapat di sekitar Kampung Tanjung Batu, antaranya ialah :
1. SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU
2. SEKOLAH KEBANGSAAN NENASI
3. TABIKA KEMAS KG. TANJUNG BATU
4. TABIKA KEMAS TAMAN AGROPOLITAN
5. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NENASI