LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Siti Bariah Bt Sadikin
Tarikh Lahir : 11 November 1971
Umur : 49 Tahun
Pekerjaan : Peniaga
Pendidikan : SPM
1. Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Sebelum penglibatan Puan Siti dengan PI, beliau tidak mengetahui tentang cara-cara penggunaan Micrososft Office dan kurang kesedaran akan kepentingan dan fungsi Microsoft Office dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat. Selain itu, beliau juga kurang mahir mengenali fungsi-fungsi setiap komponen dalam komputer.
2. Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Melalui latihan dan bengkel yang diadakan di PI, Puan Siti kini mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft Office. Selain itu, kini beliau lebih mahir menggunakan internet. Internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Selain itu, melalui pembelajaran beliau tentang asas media sosial di PI, beliau serba sedikit tahu penggunaan aplikasi seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan lain-lain aplikasi.
3. Apa yang Telah Dipelajari Melalui PI
- Mempelajari penggunaan komputer
- Mempelajari tentang perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat
- Penguasaan aplikasi media sosial
4. Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
- PI membimbing menggunakan asas komputer dan teknologi maklumat
- PI turut membimbing penggunaan internet dengan baik
- PI mengajar cara penggunaan Software dengan lebih mudah dan senang difahami
- PI memberi nota secara visual agar mudah difahami