Nama | : Norhayati binti Mat Yusuf |
Umur | : 29 tahun |
Ahli | : 2015 |
Latar belakang
Puan Norhayati menjual dan mengambil tempahan bahulu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM800 sahaja sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Tanjung Batu, beliau kini dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih meluas. Pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook, instagram. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000.