Puding Raja asalnya merupakan makanan kerabat diraja Pahang. Ia berasal dari Pekan Bandar Diraja Pahang. Mula menjadi sajian umum pada sekitar tahun 90an. Rasa lemak manis berkrim dan dihidangkan dengan kuah kastard yang pekat. Isi puding ini mengandungi pisang lemak manis yang disalai, gajus, buah ceri dan prune. Jala mas yang diperbuat daripada kuning telur ini diletakkan di atas pisang san hias diatasnya.