mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

MUZIUM SULTAN ABU BAKAR PEKAN

 

      Bandar yang terdekat dengan PEDi Kg Tanjung Batu adalah Pekan Bandar Diraja. Jarak dari Kg Tanjung Batu ke bandar Pekan adalah 36km. Muzium ini mempunyai tarikan serta keunikan yang tersendiri dimana dapat menarik pelancong untuk melawat tempat tersebut. Bangunan bersejarah ini telah dibina pada tahun 1929 sebagai kediaman Residen British bagi menggantikan bangunan kayu asal yang dibina pada tahun 1888. Sewaktu Perang Dunia Kedua, bangunan ini telah dijadikan kediaman pegawai-pegawai Jepun. Dalam tahun 1948, bangunan ini dibaik pulih dan dijadikan istana bersemayam Al-Marhum Sultan Abu Bakar. Baginda menjadikannya sebagai Istana Rasmi Negeri dan diberi gelaran nama “Istana Kota Beram” menggantikan Istana Sri Terentang. Istana Kota Beram telah mengalami perubahan pada tahun 1954 dengan pembinaan bangunan sambungan untuk kegunaan sebagai “Balairong”. Pada tahun 1959-1965, Istana baru dibina berhampiran kawasan Istana Terentang untuk persemayaman D.Y.M.M Sultan Pahang. Oleh itu, Lembaga Muzium Negeri Pahang telah mengambil alih bangunan ini pada 17 Mac 1976 untuk dijadikan Muzium Negeri Pahang dan dibuka dengan rasminya pada 21 Oktober 1976 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah dengan diberi nama “Muzium Sultan Abu Bakar”.