mcmc
Produk Tempatan

Produk Tempatan

 
Sejak 20 tahun yang lalu ramai penduduknya telah bekerja dengan sebuah ladang dan kilang udang yang berdekatan iaitu  Agrobest Sdn Bhd. Ladang dan kilang ini memberi pekerjaan kepada lebih-kurang 700 orang dengan kapasiti pengeluarannya hampir 20 tan sehari dari 400 buah kolam yang keluasan puratanya hampir 1 hektar tiap satu. Sebahagian lagi penduduknya menternak lembu dan kambing secara tradisi. Manakala sebahagian lagi kakitangan kerajaan, peniaga atau syarikat2 kecil dan pengusaha, seperti kontraktor, bengkel atau kilang keropok(Nenasi). Kampung ini agak jauh dari kemudahan selesa bandar, tapi agak lengkap seperti klinik ibu mengandung, klinik kesihatan(Nenasi), balai polis(Nenasi), masjid, surau dan hubungan jalanraya yang baik.