Kampung Tanjung Batu pada asalnya merupakan penempatan penduduk Orang Asli. Kawasan penerokaan mereka lebih tertumpu kepada kawasan berhampiran pantai, kerana mempunyai kemudahan perhubungan air. Namun penempatan orang Melayu mula berlaku apabila penghijrahan dan pembukaan tanah. Kemudian pembukaan kolam ternakan udang harimau oleh syarikat Soon Cheng Enterprise Sdn Bhd yang kini dikenali Agrobest telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung. Maka berlaku penghijrahan besar ke kampung ini sehingga apa yang ada sekarang. Pertambahan penduduk terus berlaku dengan adanya projek Agropolitan.